Wednesday, June 15, 2011

Pernah tak rasa tak bahagia dengan pasangan korang? Walaupun sebenarnya sedar yang korang ni langsung tak serasi dan tak bahagia, tapi korang masih kekalkan jugak hubungan tu. Kenapa jadi macam tu?


Biasanya, akan ada jarak masa yang lama di antara dua situasi ni


1. Kita sedar yang hubungan tu tak menjadi.


2. Kita tamatkan hubungan tu.


Kebanyakan dari kita membuat kesilapan apabila kekalkan hubungan tu terlalu lama.Di sini ada 6 sebab am kenapa anda masih terperangkap di dalam perhubungan yang tidak membahagiakan.




1) Risau / Kasihankan “si dia”.


Sebab utama kita menangguhkan masa untuk breakup ialah kita nak elakkan pasangan kita dari rasa sakit. Kita mungkin merasakan keputusan tu suatu pilihan yang bagus dan mulia, tapi ianya akan lebih menyakitkan dalam jangka masa yang panjang. Pasangan korang berhak untuk dapatkan hubungan yang ‘tulen’ dengan orang lain yang lebih mahu dan sudi bersama dengan diorang. Ini cuma akan merugikan korang berdua. Rugi masa dan jugak emosi.


Jangan gunakan alasan ” Aku tak nak lukakan dia” untuk mengelak dari keputusan penting ni.


2) Lupa yang Kita ada Pilihan.


Bila dah jadi pasangan, biasanya korang akan lebih menggunakan term “kami” daripada “aku”. Ianya akan mengambil masa untuk korang sedar yang hubungan yang dijalin tu merupakan pilihan yang korang dah buat. Bila sesuatu hubungan tu menyebabkan ‘kebahagiaan’ adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai, maka dah sampai masa untuk korang ingat bahawa itu pilihan yang korang dah buat dan sekarang adalah masa untuk korang buat pilihan semula.






3) Dah Banyak Melabur


Ianya mentaliti yang sama seperti usahawan yang sentiasa membuang duit pada bisnes yang gagal ; ” dah banyak melabur, tak kan nak berhenti pulak”? Ini perkara biasa tapi ianya sebuah mentaliti yang tidak rasional. “Melabur” dalam konteks ni bukanlah merujuk kepada duit semata-mata tapi juga merujuk kepada masa, usaha dan sebagainya. Walaupun korang dah lama bersama, sentiasa habiskan masa bersama, tak bermaksud korang tak boleh tinggalkan dia di masa depan.
COMMENT SINI